Mesej guru pengiring dari Brunei;
"Assalamualaikum ibu bapa yg dirahmati Allah
Alhamdulillah 40x
Sujud syukur tak terhingga..
Air mata gembira..dr Bumi Brunei Darussalam..
Damia Wadihah (Ketua pasukan) : Johan Action Song Peringkat Antarabangsa
Alieya Balqis: Johan Hafazan Peringkat Antarabangsa"
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KERAMAT, KUALA SELAMGOR
By Alieya's Blog - April 10, 2019
ASAL USUL NAMA SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat terletak di pekan Kuala Selangor. Terdapat dua buah lagi sekolah rendah di pekan ini iaitu SRJK (C) Aik Thee yang bersebelahan dengan sekolah ini dan SRJK (T) Vageesar yang terletak bersebelahan SMK. Sultan Abdul Aziz. Sekolah menengah yang berhampiran ialah SMK Sultan Abdul Aziz dan SMK Seri Tanjung. Untuk sampai kelima-lima sekolah ini mesti melalui pekan Kuala Selangor dan kaki Bukit Melawati dan akhirnya terus ke seberang jalan melalui balai bomba. Jalan yang menghubungkan kelima-lima sekolah inilah dinamakan Jalan Tanjung Keramat, sebilangan penduduk tempatan memanggilnya Jalan Keramat Tanjung.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, Kuala Selangor mula di buka dengan jumlah murid seramai 23 orang pada 10 Julai 1951. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor iaitu Encik D.A Borie. Guru Besar ketika itu ialah Encik Mokhtar bin Hj. Dahlan. Keadaan bangunan sekolah ketika itu hanyalah sebuah bangsal berlantaikan tanah merah yang terletak di tapak kantin SMK Sultan Abdul Aziz.
Apabila jumlah murid meningkat kepada 130 orang, sebuah bangunan tambahan konkrit yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibina pada 29 januari 1958. Pada ketika itu Guru Besar ialah Encik Mohd. Thani bin Lamsah. Bangunan sekolah asal telah dirobohkan pada 15 Mei 1962. Murid-murid seterusnya belajar di Madrasah Pekan Kuala Selangor.
Bangunan sekolah baru telah mula digunakan dengan upacara menepung tawar dijalankan oleh Tuan Haji Mohd Yusoff iaitu Imam Masjid Kuala Selangor pada masa itu ialah 170 orang dengan 7 orang guru. Bangunan tersebut dijadikan Pejabat Pendidikan Daerah sebelum berpindah ke bangunan baru iaitu bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat.
Berikutnya Encik Mohd. Ali bin Malim Kechik mula bertugas sebagai Guru Besar ketiga sekolah ini pada 1 Mac 1964. Bermula 11 Jun 1969 Encik Zainuddin bin Abdullah menjadi Guru Besar Keempat sekolah ini. Semasa berkhidmat beliau telah mencipta nama sekolah hingga terkenal kerana kumpulan angklungnya. Pasukan angklung di bawah pimpinannya pernah di beri penghargaan untuk membuat persembahan serta pernah membuat rakaman di RTM. Selain itu pasukan ini juga pernah membuat persembahan sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan di Kuala Lumpur.
Menjelang 16 Januari 1997, Guru Besar yang kedua belas iaitu Pn. Faridah binti Abdullah telah melapor diri di sekolah ini. Pada tahun 2011, Guru Besar yang baru telah melaporkan diri iaitu En. Nizamuddin bin Zakaria yang bertugas selama 1 tahun 3 bulan sahaja.
Kini Guru Besar yang baru, Pn. Zaini binti Khalid telah melaporkan diri pada Ogos 2012 dan berkhidmat hingga ke hari ini.
Pasukan Angklung Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat Sekitar Tahun 1973
7 cara fokus dalam belajar: Rahsia jadi pelajar terbaik
By Alieya's Blog - April 10, 2019
Nak berjaya memang tak mudah. Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.
Apa jadi bila tak fokus? Kita akan membazir masa. Contohnya, ada dua jam untuk belajar tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.
Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu dua jam tu dapat belajar apa je,
Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan.
Muhasabah diri dan cari punca kenapa kita gagal.
Cara nak fokus boleh belajar. Penting sangat kita tahu cara betul untuk fokus. Lebih Fokus, lebih banyak masa effektif kita, lebih banyak kita belajar dan tak mudah panik di saat-saat akhir.
Jom semak 7 cara untuk fokus dalam belajar.
CARA #1: Cari tempat belajar yang sesuai.
Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.
CARA #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya.
Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.
CARA #3: Cari teman belajar
Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!
Tips pilih teman belajar:
1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.
2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.
CARA #4: Pilih snek sesuai
Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.
CARA #5: Take 5
Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.
Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.
2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.
CARA #6: Rasakan Bahang Motivasi
Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,
Tips kekal motivasi:
1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.
2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.
“Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri”. Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?
3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.
Bacaan lanjut >> 10 Cara Terhebat untuk Motivasikan Diri Sendiri
CARA #7: Duduk dan Belajar
Dah cuba cara 1 – Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca.
Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?
Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.
Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.
Sumber: www.wikihow.com
14 Tip Belajar Dengan Berkesan dari Dr Fadhilah Kamsah
By Alieya's Blog - April 10, 2019
Ketika anda sedang mengulang kaji pelajaran, agak-agaknya berapa yang anda dapat sepanjang anda berada di meja tersebut? Adakah pelajaran itu masuk ke dalam otak anda dengan baik? Ataupun sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?
Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah. Berikut dikongsikan tip-tip belajar dengan berkesan daripada Dr Fadhilah Kamsah
Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah. Berikut dikongsikan tip-tip belajar dengan berkesan daripada Dr Fadhilah Kamsah
14 Tip Belajar Dengan Berkesan
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding
- Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
1. Cari tempat yang tenang dan tidak bising.
Suasana persekitaran mempengaruhi hafalan kita. Tempat yang riuh rendah dan bising pasti mengganggu tumpuan.
2. Baca dengan kuat dan berulang-ulang.
Bacaan itu sepaling kurang mesti telinga kita mendengarnya.
3. Hafal separuh-separuh dahulu.
Jangan hafal terus kesemuanya. Agak sukar dan lambat untuk kita ingat dan mudah bercelaru nanti. Contohnya sifir 4. Hafal dulu 1x4 = 4 hingga 5x4 = 20 bagi betul-betul ingat sebelum sambung pula 6x4 hingga 9x4.
4. Baca dan hafal dalam hati.
Setelah baca dengan kuat berulang kali, seterusnya baca dalam hati berulang-ulang kali. Ulang dan ulang. Kalau boleh pejam mata lagi bagus. Khusyuk gitew.
5. Pejam mata atau tutup buku dan cuba baca.
Contohnya sifir 4 tadi. Jika dah yakin dihafal dengan baik, cuba pejam mata dan baca tanpa lihat sifir sekurang-kurangnya 3 kali. Jika sangkut, boleh tengok dan ulang-ulang baca sifir yang sangkut itu. Contohnya sangkut kat sifir 6x4. Maka hanya sifir 6x4 sahaja perlu diulang-ulang sampai ingat sebelum tutup mata/tutup buku dan cuba baca semula dari awal.
6. Tulis sifir besar-besar dan tampal pada tempat yang senang kita lihat.
Bawah alas meja bacaan atau tampal saja pada dinding atau peti sejuk. Setiap kali sebelum buka peti sejuk, minta murid lihat sifir dan baca berulang-ulang kali. Benda yang selalu dibaca dan diulang-ulang, akan cepat ingat. Tak perlu letak semua sifir sekali gus pada peti ais/ dinding atau bawah alas meja. Cukup satu atau dua sifir sahaja dulu. Sebaik dah benar-benar kuasai dan hafal baru tukar nota sifir seterusnya pula.
7. Terus buat latihan sebaik mula ingat sifir.
Contohnya dah hafal sifir empat, terus buat latih tubi soalan sifir empat sahaja. Perbanyakkan soalan latih tubi ini. Hafalan yang terus disertai dengan latihan ingatannya akan berkekalan, InsyaAllah.
8. Cari pasangan/kawan untuk sama-sama hafal.
Bila hafal secara berpasangan atau berkumpulan, semangat dan motivasi untuk menghafal itu lebih tinggi.
9. Buat jadual semak hafalan sifir.
Jadual semak hafalan sifir sangat bagus untuk memantau hafalan anak-anak/murid-murid. Setiap sifir mesti ada due date. Satu minggu mesti selesai satu sifir. Jika mereka berjaya, tanda tangan. Jika mereka dapat hafal dan ingat awal dari dijadualkan, berilah ganjaran. Baru mereka seronok dan bertambah minat untuk belajar Matematik.
10. Sediakan rotan.
Fuh, tips ke sepuluh ini bakal jadi kontroversi ni. Hihi. Tips ni tips kuno, tapi masih sangat berkesan sampai hari ini. Letak rotan kat sebelah, tunggu dia baca dan hafal. InsyaAllah, setengah jam saja mereka pasti ingat. Walau baca dan hafal dalam linangan air mata, ilmu yang mereka dapat itu bermanfaat dan diguna selama masa.
Sumber: 10 tip hafal sifir yang paling mudah - Tip Belajar - GPS Bestari
Rasa tertekan apabila tak sempat khatam satu buku untuk peperiksaan. Jangan risau sangat. Sebabnya, nanti satu apa pun yang korang ulang kaji, tak boleh masuk dan ingat. Ramai yang kadang tu tak percaya, betul ke study ‘last minute’ ni boleh berjaya? Jadi, ini antara penyelesaian dan cara nak jadikan study ‘last minute’ tu berjaya buat korang.
Tip Belajar Saat Akhir
1 - Study group
Ada yang suka belajar berkumpulan, ada yang suka belajar berseorangan. Tapi, percayalah! Kalau korang dah tahap kritikal macam ni, study group adalah salah satu cara efektif untuk korang jika pandai memanfaatkan masa. Hah? Takde kawan, takde BFF? Tak tahu nak cakap apa… Suka atau tidak, study group dapat membantu korang kumpulkan maklumat yang mungkin tertinggal. Pada masa sama, rakan korang boleh betulkan dan fahamkan apa yang silap dan kurang faham. Tapi, awas! Study group ni kadang-kadang boleh meleret-leret. Jadi, disiplinkan diri, fokus dan elakkan daripada berbual perkara tak berfaedah.
2 - Baca kerap, bukan baca lama
- Dah baca buku satu jam, lepas tu kena rehat 15 minit atau setengah jam. Sebabnya, otak kita tak mampu untuk fokus dalam masa yang lama. Tapi, selepas masa rehat yang korang peruntukkan tu, korang kena sambung belajar semula. Disiplin jaga masa tu penting tau!
- Dah baca buku satu jam, lepas tu kena rehat 15 minit atau setengah jam. Sebabnya, otak kita tak mampu untuk fokus dalam masa yang lama. Tapi, selepas masa rehat yang korang peruntukkan tu, korang kena sambung belajar semula. Disiplin jaga masa tu penting tau!
3 - Baca dan kongsi
- Bila dah baca, jangan simpan sorang-sorang. Korang kena kongsikan dengan kawan-kawan. Korang kena cerita semula apa yang dah baca tadi. Kalau korang study sorang-sorang, nak cerita dengan pet kesayangan pun boleh. Ceritalah semula pada Prada si kucing bulu gebu, atau Tomoi si hamster kiut korang tu. Ini serius! Tak kisahlah kalau korang nak cerita dengan mak ke, kakak ke… asalkan korang buat pengulangan. Mana yang suka up status kat Facebook, Instagram atau Twitter tu, korang boleh post di status apa yang korang baca tadi. Sekadar untuk mengulang. Nanti exam, korang pasti terbayang-bayang post status yang korang buat tu. LOL
4 - Baca tip
- Sebelum minggu peperiksaan, mesti ada antara cikgu yang dah bagi klu tentang tajuk atau bab mana yang korang kena tekankan. Jadi, pilihlah tajuk yang penting untuk dibaca. Kalau baca semua, memang tak sempat lah. Mahu makan masa seminggu kalau nak khatamkan semua tajuk dalam buku tu. Korang juga boleh kerap jumpa cikgu. Kadang-kadang cikgu tak bagitau semua di dalam kelas. Kalau korang jumpa cikgu, mungkin cikgu akan tolong korang pilih bab mana yang perlu dibaca.

- Opss! Tak suruh korang putus kawan, putus saudara ye. Bukan putuskan tali silaturahim yang dah lama terjalin tu. Ini nak suruh korang renggangkan hubungan sekejap (sekejaaaaappp je) dengan ‘BFF’ korang tu iaitu, Facebook, Instagram, Twitter, WeChat, komputer, tv, games dan seangkatan dengannya… yang boleh mengganggu gugat ketenteraman korang masa ulang kaji. Kalau korang rasa teringin sangat nak layan IG, boleh lah layan masa rehat 15 minit. Tapi, lepas tu kena disiplin, tak boleh tengok dah.
6 - Banyakkan buat latihan
- Nama pun ‘last minute’. Jadi, lebih baik korang banyakkan buat latihan daripada membaca. Lebih baik korang menghadap buku latihan daripada menghadap buku teks yang tebal tu. Buku latihan akan memudahkan kita mengingat is-isi penting, membiasakan dengan soalan-soalan latihan dan jawapan yang betul, dan akan lebih ingat tajuk-tajuk penting yang dah disaring daripada buku teks.
7 - Menghafal
- Korang boleh menghafal tajuk-tajuk yang perlukan hafalan. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menghafal. Ingat tak cara kita menghafal warna-warna pelangi? Kita boleh ambil huruf pertama setiap warna atau jadikan satu cerita supaya mudah ingat. Korang boleh cuba kaedah Mnemonic devices (gunakan singkatan huruf atau akronim), atau kaedah Pegs (menukar perkataan yang perlu diingati dalam bentuk irama dan lagu) dan boleh juga gunakan kaedah Chunking (kaitkan atau asosiasikan satu perkataan dengan perkataan yang lain melalui aksi atau gambaran).
Korang juga boleh gunakan ‘sticky notes’ yang menggunakan warna berbeza dan tuliskan point penting sahaja. Cara ini sangat sesuai untuk korang yang mudah menerima pelajaran ketika melihat gambar.
Selepas menghafal, jangan lupa untuk catat kembal apa yang dah korang hafal. Ini cara menghafal dengan cepat dan agar informasi yang dah melekat kuat dalam ingatan korang itu akan lebih terpateri di ingatan.
Ok, macam mana? Harap korang boleh buat tip yang disarankan ni. Lagi satu nak ingatkan…
Jangan abaikan waktu tidur!
Walaupun korang bersungguh-sungguh nak ikut tip yang disarankan ini, korang jangan lupa masukkan dalam jadual harian, masa untuk berehat dan juga masa untuk tidur. Bukan apa, jika korang asyik sangat belajar tanpa rehat dan tidur, sia-sia saja korang praktikkan tip ni. Sebabnya, bila dah letih keesokan harinya, korang tak akan dapat fokus ketika menjalani peperiksaan, malah punya potensi besar untuk buat silap ketika menjawab soalan disebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jangan lupa dapatkan makanan berkhasiat untuk memastikan otak dan tubuh korang segar sepanjang minggu peperiksaan.
Tapi, bila dah tahu tip ni, tak semestinya korang boleh amalkan selalu tau. Paling afdhal, korang sepatutnya belajar dari awal, dan fokus ketika cikgu mengajar dalam kelas. Ok, nanti cuba ye. Semoga korang berjaya.